Hari itu
semuanya berjalan lancar bagi Hanna .
Segunung
assignment yang diberikan oleh lecturer telah pun disiapkan . Mungkin kerana
dia tidak mahu mendengar leteran yang bisa membuatkan telinganya sakit kerana
gagal menyiapkan tugasan. Mungkin .
Hari itu ,
Hanna dilayan oleh rakan rakannya bagaikan puteri . Dia pelik , tak tahu kenapa
. Tetapi hari itu dia berasa sungguh istimewa , seakan dunia ini dia yang punya
.
Hari itu
juga , sudah genap dua tahun dia bersama Umar . Hari yang penting baginya . Walaupun
dia tahu Umar takkan pernah ambil peduli tentang semua itu .
“ Tarikh itu
hanya angka , berapa lama kita bersama tak penting . Yang penting kita bahagia
“
Hanna
teringat kata kata yang pernah dilafazkan Umar .
Hari itu ,
Hanna tersenyum riang .
Gembira .
Tatkala itu
juga telefonnya berdering , satu mesej diterima .
Tertera di atas skrin nama
seorang yang istimewa baginya , Umar .
Dia
tersenyum lagi .
Hanna
membaca pesanan ringkas itu dengan teliti . Dia hairan kerana ia terlalu
panjang , seakan ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh Umar .
Dia membacanya hingga ke ayat terakhir .
“ walau apa
pun yang terjadi selepas ini , saya doakan yang terbaik buat awak . Moga bahgia
di sana……Selamat
tinggal “
“ Kenapa
Umar ? “ Hanna termangu seketika .
Hatinya mula
sebak . Jiwanya meronta , tak percaya apa yang baru dibaca . Semuanya berlaku
secara tiba tiba .
Hanna lantas
menelefon Umar , mahukan kepastian .
Dan
panggilan itu terjawab .
"Assalammualaikum
, Umar ? “
“
Waalaikummusalam , ya saya “
“ Saya nak
tanya ni “
“ Tanya lah
“
“ Awak , kenapa tiba tiba je nak berhenti ? Kenapa baru
sekarang awak luahkan semua tu ? kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal
lagi ? Dan kenapa awak berjanji kalau awak langsung tak mampu nak tunaikan ?
Awak dah
kecewakan saya tahu . Saya ingat awaklah satu satunya lelaki pertama dan
terakhir yang pernah hadir dalam hidup saya .
Kalau awak
fikir diri awak tu tak layak untuk saya , awak silap . Saya boleh terima awak
seadanya . Umar , awak lelaki yang penting bagi saya tahu tak "
Belum sempat
Hanna meneruskan kata katanya , air matanya berderai tidak henti . Dadanya terlalu sebak . Dia
merasakan hati kecilnya tak mampu menanggung perpisahan yang bakal mereka
hadapi . Pada saat itu semuanya terlalu sulit baginya . Perit .
Dan tidak
semena , kenangan bersama Umar diraih dalam fikirannya . Kenangan yang mampu
menenangkan fikirannya tika itu .
Manis .
*****
“ Awak
pernah jatuh cinta dengan sesiapa tak sebelum ni ? “ Dia bertanya .
“ Kalau
jatuh tu mungkin pernah , tapi cinta belum lagi “ Umar membalas dalam nada
sinis .
“ Ala , macam
tu pulak. Seriously , sense of humor awak tu tak berkesan tau kat saya sekarang
ni “
" What is
the big deal Hanna ? Kenapa nak tahu sangat semua tu ? benda dah lepas kan “
“ Saja je
nak tahu , kalau tak nak bagitau takpa lah “ Hanna memuncungkan bibirnya .
“ Yelah , pernah tu memang pernah , tapi itu
dulu . Ala , cinta monyet la orang katakan . Nak fun je masa tu , suka suka je
. Awak pernah ? “
“ Tak pernah
“ Balas Hanna ringkas .
“ Eleh ,
yela tu . Tak percayalah “ Umar testing .
“ Serius la
, tak pernah pun . Till the day I met you , and everything had changed.. “
“ Maksud
awak ? “ Umar bertanya walaupun dia tahu apa yang cuba Hanna maksudkan .
“ Ehe , takpe la . Just forget it “ Alamak
lumpy la pulak mamat sorang ni . Getus hati kecil Hanna . Dia tersenyum .
“ Ouh okay ,
whatever la “
‘’ Awak ,
kalau hati tu dah berubah , bagi tahu saya cepat cepat yee… Supaya saya tak
tepuk tangan sorang sorang. “ Kata Hanna tiba tiba .
“ Kenapa
cakap macam tu ? You don’t believe me ? “ Umar terkejut bila Hanna berkata
sedemikian .
“ Bukan
camtu la , bukan saya tak percayakan awak . Tapi … “
“ Tapi apa ?
“
“ Saya takut
kehilangan awak “ Hanna menundukkan muka .
“ Hmm , itu
semua ketentuan tuhan . Takdir tuhan telah menemukan kita , takdir tuhan juga
akan memisahkan kita . Dan saya minta awak jangan pernah sesali apa yang telah
berlaku , kerana sekurang kurangnya kita pernah diberi kesempatan untuk melalui
perhubungan indah bersama “ Umar meluahkan apa yang terbuku di hatinya .
“ Baiklah ,
saya paham . “ Air mata Hanna bergelinang . Hatinya tersentuh .
“ Satu hari nanti , saya harap awak akan jadi
yang halal buat saya “ Umar mengomel .
“ Apa awak
cakap tadi ? “ Hanna terdengar sesuatu dari Umar .
“ Err ,
nothing la . Mana ada saya cakap pape “ Dia cuba menyembunyikannya .
“ Okay , Its
up to you . Saya pun harap benda yang sama “ Hanna mengenakan Umar semula .
Umar tersipu
malu .
*****
Hanna
mengesat air matanya . Dia cuba menenangkan diri . Dia mengambil sehela nafas
dan cuba meneruskan perbualan dengan Umar .
“ Awak , bila
awak dah bersedia nanti , awak jelaskanlah dekat saya kenapa awak buat macam ni
. Saya cuma mahukan kepastian . Saya tak mahu hati ini kecewa lagi “
“ Baiklah ,
Insya Allah saya akan “
Panggilan
itu ditamatkan .
Hanna pelik
. Begitu tenang Umar melafazkan kata katanya tadi . Semacam tiada rasa
bersalah, walhal dia baru sahaja memutuskan hubungan dengan Hanna .
Dia tidak
mahu mengambil keputusan melulu sebelum mendengar penjelasan dari Umar .
Dan ternyata
hari itu bukanlah hari yang menggembirakan baginya , walaupun ia sepatutnya
begitu .
Petir
berdentum dan hujan mula keluar dengan lebat dari langit yang mendung .
Seolah olah menggambarkan perasaannya tika itu .
Tetapi Hanna
sudah bertekad .
Dia takkan
berhenti mengharap
Sebelum
segalanya terjawab .
FIN
No comments:
Post a Comment