Pohon Nambia yang kononnya boleh hidup berabad lamanya itu tiba tiba layu , dedaunnya mula gugur satu persatu . Mustahil pokok kekar yang segar bugar itu boleh mati. Mengikut mitos kaum Zulu dalam kitabnya , Cekeperele Estafore , jika pokok itu mati pasti akan berlaku keburukan yang maha dahsyat . Ini mesti ada petanda bawa petaka .
Ditepi pokok Nambia tersebut ada kuburan , kata penduduk tempatan ia milik lagenda , kononnya . Nesforatus . Dia yang telah lama berkubur disekat kunci kini telah bangkit jasadnya melerai jampi . Sang pendahaga darah acah acah drakula itu telah kembali ditemani Acai Serpent , Rauf Viper dan Sidek Kechai . Sidek , gelaran yang kampung kampung saja berbanding dengan drakula yang lain , katanya dia tidak mahu dinamakan dengan gelaran gelaran mat salleh kerana ingin memartabatkan bangsa . Dia turut berpegang kepada pepatah ' tidak akan hilang melayu di dunia ' dan slogan Malaysia Boleh . Kembali pada babak yang asal , bloodthirst itu kini telah bangkit . Petaka akan mula menimpa .
Nesforatus ma'a Asdiqa' .
Hari itu , tengahari Isnin yang terik . Kawasan sekitar kuburan itu mula bergempagoncang . Tiba tiba muncul sepasang tangan menggali permukaan tanah , itu Nesforatus . Disusuli dengan tiga yang lain , geng kamcheng Nesforatus dulukala Acai , Rauf dan Sidek . Serba handal dan lejen gamaknya . Selesai gali , mereka bangkit tegap . Memakai jubah gelap dan diselaputi dengan aura kegelapan . Ganas tapi macho . Sesiapa sahaja yang melihat mereka kala itu pasti akan terpegun dalam ketakutan .
Kubur itu dilindungi oleh bayang pohon Nambia , maka mereka masih belum tededah kepada terik , tidak disinari cahaya . " Geng , jom gerak ! " kerah Nesforatus .
" Jom !! " jawab mereka hampir serentak dalam nada kelaparan . Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana .
Drakula yang kempunan darah dan lapar punya suara . Hanya di Malaysia .
Satu langkah , dua , dan tiga langkah dari teduh pohon Nambia . Mereka tidak sedar bahawa kaum Drakula memang alah sinaran ultraviolet , sejak dari azali lagi . Ala, macam cerita omputeh tu . Lepas tu , sorang demi sorang terbakar , kecuali Nesforatus . Rauf hanya tinggal abu , hangus . Acai terbakar perlahan lahan kemudian lesap ditiup angin . Sidek tidak hangus kerana dia memang dah hitam legam , dia melecur teruk diseksa matahari dan terus mati . Lepas tu tinggal Nesforatus keseorangan . " Sekejap betul " bisik hatinya . Lepas tu , Nesforatus masuk semula ke dalam liang kubur . Lepas tu Nesforatus kambus semula dirinya dengan tanah . Lepas tu , Nesforatus dah tak nak keluar lagi dah . Lepas tu , dia senyum sorang sorang macam retard . Tengahari tu , kubur bau macam hangus .
Kenapa Nesforatus tak terbakar ?
Sebab dia pakai Sunblock . hik
*****
Cerpen tak fancy @ Catatan Jalanan .
Khalil Gimbran .
.
No comments:
Post a Comment