Catatan ketika mengantuk .
Cikgu kata kamu tidur sebab kamu tak berfikir ; dan selepas mencerna apa yang beliau katakan , saya dapat seperti yang berikut :
1. Semasa melawat negara Jepun baru baru ini Encik Jamadi begitu hairan melihat budaya rakyat di sana yang gemar mengumpul lemak obes dan dihuni kegemukkan yang serba meloyakan akal . Encik Jamadi terus pulang ke Malaysia 4 minit 13 nanosaat kemudian kerana histeria yang amat akan paranoid lendit itu dan berjanji kepada makcik nya bahawa dia tidak akan ke Jepun lagi . Encik Jamadi sempat membeli sepasu pokok sena dari Jepun untuk dihadiahkan kepada anak ayam .
2. Juruterbang itu berjaya mendaratkan pisang pisang terbiar yang liar dari udara menggunakan bantuan saka saka beruk punjabi akibat berlakunya serangan tahi dari belah timur oleh pemberontak zionis .
3. Saya rasa otak saya dah retard kerana telah jatuh hati kepada seorang yang agak tinggi dari langit tetapi minda memainkan peranan untuk hati berkata tidak mengapa itu namamya cinta , konon kononnya . Serta merta saya seperti kerasukan bengong .
4. Semua para para petandas amat mengamuk kerana tahi sudah kehabisan bekalan dan servis dari pihak Anglo Saxon yang cemas tanpa melihat masa hadapan adalah sangat menggangu tidur mereka . Ahmad salah satu pekerja pernah meninggal kerana terhidu racun ular tapi hidup semula akibat Edo Tensei . Pengaruh Jepun semakin berleluasa di tanah melayu . Anjing penjajah .
5. Malam tadi Ajil tertidur di bawah pokok Sena dari Jepun yang ditanam oleh Encik Jamadi 5 tahun yang lepas dan beliau telah dipukau pari pari hodoh yang bertanduk kemudian merasuk beliau supaya mencakar pokok sena hingga tumbang . Lepas tu Ajil mengamuk . Lepas tu Ajil cakar mukanya sendiri . Lepas tu Ajil pun mati dalam keadaan sadis .
6. Tiga tahun selepas kematian Ajil , 5 orang polis bersama Jeneral Kudis telah menemui mayatnya dan cuba menyiasat dengan tekun . Malang tidak berbau jin hodoh itu muncul tiba tiba dalam bentuk beruk teleng yang berhidungkan pendrive kingston dan terus menggigit poko sena hingga tumbang . Lepas tu pokok sena hempap Jeneral Kudis . Lepas tu mereka berlima mati . Mayat Ajis senyum macam kerang busuk melihat gelagat Jeneral tersebut .
7. Gambit terapung apung di awan dengan hanya memakai seluar dalam di atas kepala sedangkan badannya jelas ditayang khalyak . Anda boleh bayangkan bagaimana . Kata orang dia itu wira yang gila kerana yang melahirkan dia itu adalah peneguk tutty frutty sambil berdiri manakala ayahnya pula adalah extraterrestrial dari Krypton iaitu Kar-El .
Catatan Azzad di kelas bm , bersama puan Cikgu .
Badan sakit otak okay je .
Temuduka sebenarnya temu_duka .
Siapakah nama saudari ? grr .
Wanita depan saya asyik menyomel dan mencomel .
Salin salin salin cadat , eh catat .
Monyet telah tebang pokok kelapa menggunakan kerjasama Persatuan Monyet Malaysia (PMM)
Saya tekankan buah berangan dalam karangan .
Mi hailam , nasi lemak , kebab .....
Benar belaka saya beli selendang di Bandung untuk isteri kesayanganku .
Jawatankuasa menandatangani dahi mahasiswa bersama kerjasama jururawat bumiputera .
*****
Catatan Penuh karut.
.
No comments:
Post a Comment