Saturday, 8 June 2013

Sometimes its better




Salam . Nama aku Suhail

Aku cuma anak kebanyakan , bukan macam rakan taulan dekat sekolah tu , kaya belaka . Kekadang aku rasa malu nak mengaku abah aku sendiri jual sayur dekat pasar . So, no wonder lah pekerti aku sebegini rupa , teruk , jahil dan kerap melakukan perkara futur ni . Abah sendiri pun taknak mengaku .

Namun , kebelakangan ini gerak-geri gempur aku di hostel sering diperhatikan oleh seorang mamat eksen ni . Nama dia Amir , muka macam roti canai tapi pekertinya sungguh mulia , sopan dan sejuk mata memandang dan bukan macam pekerti aku , sekali pandang ada je yang tak kena . Beribu kali agaknya mamat roti canai ni tegur aku disebabkan akhlak aku yang tak seberapa nak mulia ni . Im keep wondering about this roti canai guy , tak penat ke nasihat aku ? Kadang-kadang aku teroih maki je mamat ni . Kenapa mesti sibuk dengan hidup aku ? Ya aku tahu dakwah itu wajib dalam Islam tapi kalau aku dah taknak dengar  nak buat macam mana kan ? Ishhh .

Suatu hari , aku mengatur langkahku menuju port untuk merokok . Lepas gian gamaknya . Tiba-tiba aku nampak amir (mamat roti canai) dah terpacak memegang sebuah kitab ,  judulnya "Harapan Selalu Ada Buat Kita Pendosa" . Amir tersenyum sinis seolah-olah aku mengalukan kedatangan dia . Aku rasa macam ada malaikat halang aku untuk merokok, rasa bersalah sangat . Amir datang menerpa aku .

"Salam , Suhail tak pernah rasa nak berubah ? Nak jadi macam Amir ?" sapa Amir selamba .

"Wasalam, errrr, berubah ? Aku tak bolehlah Amir . Aku dah jauh sangat menyimpang . Aku rasa kalau aku berubah pun mesti masyarakat seputar menganggap aku hipokrit ." Jawab aku sugul .

"Hipokrit ? Suhail ohh suhail , adakah Suhail merokok dari bayi ?" tanya Amir menjegil .

"Merokok dari bayi ? Gila apa ? Mestilah tak ! Apa punya soalan lah Amir ni" jawab aku seolah-olah tidak setuju dengan soalan mamat roti canai itu .

Sambil tersenyum Amir menjawab "Suhail , kita bukannya dilahirkan naturalnya jahat . Kita semua sama sahaja semasa kecil , baik-baik belaka . Cuma semasa meningkat dewasa , mungkin Suhail sedikit terpesong
dalam menjalani kehidupan di dunia fana ini . Jadi kenapa mesti takut untuk berubah seperti asal semula ? Baik seperti dulu , menjadi Suhail yang dulu seperti suhail kecil dahulu , yang tidak merokok ? Adakah itu hipokrit ? Suhail cuma kembali kepada diri yang asal bukan ? Tiada yang sempurna di dunia ini Suhail kecuali para nabi yang maksum . Kesalahanlah yang menjadi manifestasi kepada kesempurnaan .Janganlah takut untuk berubah ,  InsyAllah ya Suhail ?"

Muka dia tenang mengucapkan nasihat itu , dah macam abah aku nasihat aku . Tapi yang ini lain , aku rasa begitu terkesan macam ada medium yang lembut mencucuk lubuk hatiku membuatkan aku mudah untuk terima nasihat itu . Peliksssss .

"Baiklah Amir , aku cuba , terima kasih lah tak jemu nak tegur aku"

"Alhamdullillah Suhail , biar harapan tinggi melangit , atleast kalau jatuh masih ada awan untuk menampung kita."

"Err , bukan kalau awan jatuh jugak ke ?" jawab aku sambil menjegil mata ke arah roti canai terbang tersebut.

Amir senyum palat dan berkata "Solat jum , Asar dah masuk , ngeeeeeee"

Fin . Sometimes its better being "Hipokrit" .







No comments: