Tidur .
Aku tidur , kau tidur dan binatang pun tidur .
Jerung , monyet , katak , belalang , semua tidur .
Lantas , apa yang membuatkan aku membuat post mengenai tidur ?
Hobi
Secara tidak rasminya tidur itu saya anggap sebagai hobi . Manakan tidak , tidur itu nikmat . Bila tidur otak berehat dan sel sel rosak diperbaiki . Saya tidur dimana mana . Dalam kelas ketika guru mengajar perkara yang saya tak faham satu pun , lantas saya tidur . Di tandas ketika menunggu rakan yang lama mandi tak sudah , saya tidur .Dalam bas , ketika mengharungi jalan jalan penuh liku , saya tidur . Di perhimpunan , ketika pengetua berceramah mengeluarkan idealogi idealogi yang sudah biasa saya dengar , saya tidur , sambil berdiri .
Tidur dengan saya sudah sebati . Serasi . Ibarat langit dan bumi . Err . Tapi bila saya dimarahi guru kerana tidur dalam kelas , dia lari . Tinggalkan saya terkapai kapai seorang diri .
Tak guna .
Pelajar
Aku kira dah memang sinonim kalau nak dikaitkan pelajar dengan tidur . Semua orang tidur , binatang pun tidur . Abnormalnya apabila dalam kelas pun nak tidur .
" ahh , peduli apa aku "
Pernah juga cuba bersengkang mata tak tidur dalam kelas . Memang sukar nak menolak kemahuan untuk tidur . Hingga memaksa saya mengeluarkan satu satunya senjata yang ada .
Doa .
Doa kan senjata mukmin
(- Mukmin lah sangat )
“Ya Allah aku tau aku selalu cari Kau bila susah ja ya Allah, tapi aku janji ni last. Please! aku tak nak miss subjek ni lagi sebab tidur ”
Dan saya tidur juga . Tak diperkenankan mungkin . Kelas pqs , mm , dan beberapa subjek yang lain , saya tidur . Acapkali juga kena marah cikgu .
" kamu ni tidur je kamu tahu , tak cukup tidur ke kat asrama tu ? Dalam kelas saya ni pun kamu tidur "
" Hee , maaf cikgu "
Itu je lah yang mampu cakap . Dalam hati sebenarnya ada dorongan sarkastik yang kuat untuk jawab
" Daripada saya belajar time mengantuk , satu apa pun tak masuk otak , lebih baik saya tidur . Sekurang kurangnya dapat jugak otak berehat . Alah , macamlah cikgu tak pernah tidur kat kelas dulu "
Tapi saya tak cakap pun . Saya tak nak dilabel sebagai pelajar tiada manners . Tak mahu mengeluarkan ayat ayat berbaur provokasi . Err . Provokasi lah sangat .
Bila kena tegur , malu jugak sebenarnya . Kawan kawan lain pandang buat muka cynical bila tengok muka innocent saya bangun dari tidur .
" Lantaklah nak pandang sinis ke apa . Hampa dah nampak aku tidur , lepas ni dah tak malu lagi nak tidur "
Senyum .
Sarcasm
![]() |
(lebih kurang camni lah kerusi tu) |
Ada suatu ketika dimana saya dan rakan rakan bergotong royong menceriakan kelas . Bersama sama berganding bahu ibarat aur dan tebing . Okay , its too much . Ehe . Dan Akmal pula mencadangkan supaya menukarkan semua kerusi kepada kerusi plastik berwarna kuning . Mahu seragam kata beliau . Ketika itu pula hanya saya yang berkerusi kayu , dan saya tetap dengan keputusan . Tak nak tukar .
" Tukar je lah kerusi kayu kau tu , baru nampak seragam "
" Biar lah , pakai kerusi ni selesa sikit . Nanti takde la aku mengantuk kalau pakai kerusi kayu ni "
Ya , Aku tau . Alasan yang diberi masa tu memang tak boleh digunapakai . Padahal kalau pakai mana mana kerusi pun aku tidur juga . Sebenarnya kerusi kayu yang aku pakai itu buatkan aku tinggi sikit , sama paras dengan meja . Selesa sikit bila nak tidur . ehe
Hinggalah satu hari apabila Akmal menukar kerusi plastiknya kepada kerusi kayu . Aku punya dorongan yang kuat untuk bertanya dia .
" Kenapa tukar kerusi kayu ? kata nak seragam "
" Saje je . Kalau pakai kerusi kayu nanti tak tidur dalam kelas , macam kau " lantas dia ketawa , berdekah dekah .
Ya , aku tau . Akmal sedang bersikap sarkastik berbaur perkauman . Err .
Tak guna .
Padan muka .
The Award
Aku rasa kalaulah ada (kalau lah) anugerah Sleeping Beauty kat sekolah tu , mesti aku dah lama tercalon bersama Ali , Abu dan bersama seangkatan kakitidur yang lain . Kahkahkah .
Okey , tak lawak langsung.
Well said enough . Berceloteh panjang panjang bukan ada yang nak baca pun .
" Manusia tanpa tidur itu , aku anggap gila "
" sukahati kau ja nak kata orang gila "
" Err , maksud aku tak normal la"
FIN .
2 comments:
Kau memang gila Pirakh. Tapi aku suka baca. Entah aku pun tak tahu kenapa. ::Bekas Kaki Tidur SMKAP::
Tak ramai yang panggil aku Pirakh . Baca lah lagi dan lagi . Thanks
Post a Comment