Tuesday, 26 March 2013

The troll under the bridge





Satu tika dahulu, di tempat yang jauh, ada hidup seekor troll . Beliau berfigura bulat tembam, bertubuh sedikit gempal dan berwarna hijau kelam seakan Shrek . Matanya sepet dan keningnya selalu berkerut. Dia juga mempunyai wajah yang boleh membuatkan kesatria putih kecut perut melihatnya. Jijik dan kotor . Beliau jarang bercakap, tetapi apabila bersuara, ia menyerap masuk seperti racun, kebencian dan dendam.

Beliau tidak pernah sedih, dan tidak pula ia gembira. Ia mungkin kerana kesengsaraan ialah sahabatnya yang terbaik dan kebahagiaan adalah musuhnya yang amat ketat . Ia adalah kedua-dua sumber hiburan untuk beliau dan juga sumber berputus asa. Sahabat ? Beliau hanya mempunyai beberapa, atau tiada langsung . Beliau membenci teman dan sahabat yang tidak boleh dipercayai . Teman yang diibaratkan kanibal , kawan makan kawan. Sesiapa yang menghulurkan tangan mereka, walaupun begitu sedikit, akan mendapat gigitan yang ganas daripada troll tersebut .


Beliau menjaga jambatan lama di sebuah hutan besar yang membuat mata mata yang memandang akan terpesona . Dan sesiapa yang melintas jambatan tersebut ; sama ada yang lemah atau yang mudah tertipu, dia akan menyerang tanpa belas kasihan, kejam sehingga mereka berlari ke rumah, membuatkan kaki yang berlari berbelit belit kerana ketakutan . Dari kanak-kanak yang tidak berdosa mahupun putera muda yang berkarisma, semua akan dikalahkan oleh kuasa beliau.



Sehinggalah suatu hari yang penuh hikmah tiba , seorang puteri yang cantik datang ke hutan tersebut . Dia berjalan sehingga jambatan sambil terloncat loncat keriangan melihat keindahan hutan ." Siapa yang berani untuk melintasi akan menerima kemurkaan saya!" Berkata beliau. Puteri hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia berjalan dengan selamba melintasi jambatan tersebut ; oleh kerana tiada cara lain untuk menyeberang .


"Anda  berani menderhaka kepada saya ?" Troll itu melompat di hadapan puteri ; bersedia untuk menyerang. Beliau mencuit, menolak, menjerit dan memperkecilkan puteri. Dia cuba apa-apa dan semua yang dia boleh untuk menakutkan puteri . Tetapi tidak pula ia mencederakannya .


Tetapi puteri hanya tersenyum dan menghulurkan tangannya . Ternyata cubaan untuk menakutkan troll tersebut tidak berhasil .


" Saya tahu anda kesunyian," kata puteri . " Ikut saya  , kita boleh bersiar siar bersama ."


Dan tiba-tiba semua kemarahan telah lesap , kebencian mengewap, setelah dia memegang tangan yang dihulur puteri dan segera berdiri . Matanya hilang kerutan, wajahnya hilang kedutan , dan mulutnya hilang kemarahan . Beliau tidak lagi marah mahupun benci .


Pada cinta pandang pertama , dia—dia menjadi manusia .





*****

Troll .

Terfaktab .


No comments: