Sunday, 13 January 2013

Kita Sahabat I



Friend ; 

1. A person that someone likes or knows .
2. Friends spend time together and trust to each other .
3. They also help each other when they are in trouble .

****

Hadi merenung ke luar jendela kapal terbang yang dinaikinya itu . Kelihatan langit membiru dan awan yang memutih . Sangat menyenangkan . Tika itu hatinya berasa teruja dan gembira . Mana taknya , kali ini dia akan menyambung pengajiannya ke Jordan dalam bidang perbankan islam . Bagaikan mimpi jadi kenyataan buatnya .

Tiba tiba fon galaksi notanya berdering . Tertera satu mesej diterima, daripada sahabat baiknya . Lalu dia membukanya ..

" Ku titipkan kata kata buatmu tanda ingatan diriku . Semoga ikatan silaturahim yang suci ini tidak akan putus. Engkau lah sahabat sahabat dunia akhirat . Teruskan perjuanganmu , iringlah dengan kejujuran dan keikhlasan . Dirikanlah tugu keimanan di hatimu , doaku selalu mengiringimu . Segala kenangan kita akan ku sematkan dalam ingatan . Takkan ku tangisi perpisahan kerana sesuatu pasti ada hikmahnya . Cuma... ingatlah sahabatku, ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah . Kita pasti bersua kembali.... 

Sahabatmu, Adam . "



" Adam... " Air mata Hadi menitis .


Di lapangan terbang tadi sebelum keberangkatannya , Hadi tak nampak batang hidung Adam di situ . Yang ada hanyalah Abi dan Uminya bersama beberapa keluarga terdekat . Hatinya berasa sedikit terkilan tanpa kehadiran sahabat baiknya di situ. 

Tapi selepas membaca mesej yang dihantar Adam tadi, hatinya mulai tersentuh . " Ingat lagi rupanya dia dekat aku .."   Bicara Hadi keseorangan . Dia mengelap air matanya yang tumpah sebentar tadi .
                   
                                                
                                                         
                                                             ****

Perkenalan antara mereka seperti sudah dirancang . Kali pertama Hadi dan Adam bertemu ialah di sebuah Smka yang terletak di Pedas . Tahun 2009 .

Hati Hadi sungguh berat untuk meninggalkan rumahnya itu . Tapi apakan daya , dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia kini sudah melangkah ke alam remaja . Tibalah masanya untuk dia belajar berdikari dengan hidup di asrama . Umi pun begitu . Dia agak berat untuk melepaskan Hadi , kerana selama ini Hadilah yang telah menjadi peneman dia dan Abi sepanjang ketiadaan abang dan kakaknya yang sibuk melanjutkan pelajaran . Umi lebih suka sekiranya Hadi bersekolah di Seremban saja ; KGV atau mana mana sekolah berdekatan . Tetapi selepas dipujuk oleh Abi , mereka akur dengan kehendaknya . Kata Abi , dia ingin melihat anaknya menjadi produk berjaya lepasan sekolah agama .

Sampai di perkarangan sekolah , Hadi hanya mampu ternganga panjang . Pertama kali dia melihat sekolah yang sebesar begitu , dipenuhi pula dengan pokok pokok rendang yang menghijau . Kagum . 

Hadi dan Abinya pergi ke asrama putera untuk membuat pendaftaran .

" Nama adik Muhammad Hadi bin Mukhris kan ? " tanya fasililator berbadan gempal itu . Dahinya dibasahi peluh . Mungkin terlalu sibuk menguruskan pendaftaran pelajar .

" Ye saya , nama saya Hadi " balasnya bersama Abi disisi .

" Baiklah , adik akan didaftarkan di dorm tiga dan kelas adik di tingkatan satu Ibnu Khaldun . Sila isi borang ini dan pulangkan semula pada abang ye " kata fasi itu .


Selepas menguruskan pendaftarannya, Hadi bersama Abinya naik ke dorm yang telah ditempatkan dan mengemas barangnya dalam loker . Setelah selesai semuanya , tibalah masanya untuk Abi dan Uminya pulang .


" Ummi ... boleh tak kalau ummi tinggal kat sini untuk malam ni , pleasee . Hadi tak nak la tinggal kat sini sorang sorang "

" Ehh , mana boleh macam tu Hadi . Kan dekat sini ramai kawan kawan , Umi boleh jamin yang Hadi takkan keseorangan " Umi cuba untuk meyakinkan Hadi .

" Tapi Umi... "

" Hadi.....hhmmm, macam ni lah . Hadi cuba tinggal kat sini untuk 3-4 minggu . Make friend and try to have fun . Kalau Hadi rasa tak dapat nak sesuaikan diri juga, Umi dan Abi akan bawa Hadi balik . Macam mana.... deal ??

Umi senyum memujuk . Masih berharap anak bongsunya itu terubat sedikit hatinya . Hadi menguis nguis kakinya . Berfikir .


" Oke... deal "



                                                         *****

bersambung...








           

No comments: