Penindasan rakyat
Dalam 2 bulan lepas saja telah terdapat lebih daripada 100 orang kehilangan nyawa kerana mereka berani menyatakan bantahan mereka terhadap regim yang telah menafikan hak hak asasi mereka . Mereka telah dibunuh dan dipukul dan majoriti mereka adalah muslim kini menjadi pelarian . Tempat yang dulunya digelar ' syurga di bumi ' kini ditinggalkan cacat dengan percikan darah dan tangisan rakyat yang ditindas . Tidak adil dan kejam .
Undang undang AFSPA .
Kerajaan India telah mengisyhtiharkan Angkatan Tentera Akta Kuasa Khas yang memberi tentera kuasa tanpa had . Mereka telah menembak dan membunuh , menangkap sesuka hati dan menyerang privasi rumah tanpa waran without any reason . Hal ini telah menimbulkan banyak kes kes pencabulan hak asasi manusia kerana tentera ASFPA tidak takut akan undang undang ataupun dengan lebih tepat ; tiada pelaksanaan undang undang yang adil . Malah , di Kashmir mereka adalah undang undang .
Penafian Hak Asasi .
India didakwa sebagai negara demokrasi terbesar , tetapi di Kashmir , Kebebasan dan Demokrasi adalah kata kata kosong tanpa ada makna . Rakyat tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara bagi meluahkan perbezaan pendapat mereka , perarakan bantahan dan pengebumian yang pernah diadakan telah ditembak oleh tentera tanpa belas . Walaupun Perlembagaan India memberi jaminan kebebasan kepada rakyat , kebebasan bersuara , kebebasan berhimpun , tapi ia seolah olah janji palsu penuh tipu yang ditaburkan pemimpin . shit . Pemimpin yang terlibat di dalam penggubalan perlembagaan hanya bersikap tidak ambil peduli . Ada yang berani mengatakan bahawa mereka ' tidak terlibat dalam politik ' di India walaupun ia sepatutnya begitu .
Kapitalisme nan keparat .
Semua parti politik dan kuasa kuasa yang mewakili kelas kelas pemerintah India hanya berdiam diri dan tidak mengendahkan ' right to self determination ' rakyat di Kashmir . Mereka hanya berpura sedih menitiskan air mata palsu dan cuba memancing orang orang Kashmir dengan pakej ekonomi yang sia sia bagi mengeluarkan mereka dari tempat tersebut , pekerjaan dan kemudahan pendidikan yang lebih tinggi , tapi semua janji janji ini mustahil dapat memadamkan api kemarahan belia di Kashmir . Drama drama pihak delegasi komplot ini tidak dapat langsung menghalang Kashmirian untuk menuntut hak hak mereka .
Konklusinya , kuasa kuasa imperialis tidak boleh memberikan penyelesaian kepada rakyat di Kashmir . Hanya dengan perjuangan bersatu oleh working class of India and neighbouring countries , mereka mereka di Kashmir akan dapat keadilan yang sepatutnya . Kita kita yang sesama muslim juga boleh turut membantu , doa .
Tuntutan rakyat :
- Pemansuhan AFSPA dan menuntut Tentera penempatan keluar dari Timur Laut dan Kashmir
- Pengeluaran semua Tentera dari kawasan yang dituntut
- Siasatan ke atas semua tindakan keterlaluan , pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia .
- Penyelesaian politk yang adil di atas hak asasi yang tidak terpisah daripada penentuan sendiri oleh penduduk Kashmir dan Utara Timur .
- Penggabungan pihak sosialis sosialis negeri negeri Asia Selatan .
*****
" Dont you worry , dont you worry child ,
see heaven's got a plan for you "
Twitter: #KashmirNow
Catatan untuk penindasan di Kashmir .
Moga mereka mereka dipayungi rahmat Tuhan yang berkekalan . Amin
.
No comments:
Post a Comment