Perjalanan hidup ni masih panjang . Jauh . Kena ada visi dan misi yang jelas . Banyak lagi cerita ingin aku penuhi dalam kanvas hidup aku . Selagi bernafas . Selagi lengkap tubuh badan . Selagi punya harapan . Akan aku isikan kompilasi hidup ini dengan caraku tersendiri . Dan pastinya akan wujud watak baru . Cerita baru . Kenangan baru . Hidup dikelilingi manusia yang pada kasarnya hanya bertopengkan watak baik . Hati manusia ni lain lain . Berbeza . Ada yang putih suci , ada juga hitam keji . Dan kalau kau anggap semua manusia sama , kau silap . Nak hidup kena pandai pilih kawan . Kalau salah pilih kau akan jatuh dalam lubang gelap yang akan jadikan hidup kau kelam . Kotor . Penuh caci . Penuh daki . Tiada tangan dihulur untuk tarik kau semula ke atas . Pandai buat , pandai tanggung . Jalan hidup itu memang berliku liku . Ikut kita untuk melurus atau terus melikukan jalan tersebut. Dan pada setiap liku , akan ada cabaran yang perlu kau tempuh untuk ke liku yang seterusnya . Hidup tak selalu suram , kelam dan legam . Orang kata hidup itu ada pasang surutnya . Tenggelam timbulnya . Kadang ada pelangi yang menyinggah untuk kasi kau rasa bahgia . Sekejap . Rasa yang ada itu , kau kena manfaatkan sepenuhnya . Sebelum pelangi itu hilang ditelan awan hitam . Tuhan kasi pinjam rasa bahgia agar kau tak rasa sunyi sepanjang kau bernafas dalam taman yang Dia wujudkan untuk segenap makhlukNya . Tuhan maha adil . Dia takkan biarkan makhluk ciptaanNya merasa kosong . Sebab itu tiap tiap manusia punya hati . Jiwa . Perasaan . Bezanya ada hati putih ada hati hitam . Hidup ni bukan selalu macam kita nak . Kadang kadang ada je yang dengki . Hati busuk . Apa yang kau buat , rasa, niat semua pakai hati .Hati yang tercemar adalah hati hitam yang pekat likat. Kotor . Bergelumang noda . Kalau dah memang jahat abadi , nasihat pakai apa cara sekali pun takkan jalan. Macam mencurah klorox ke daun keladi . Err . Melainkan dengan izin dan permisiNya .Tapi tak susah nak basuh hati hitam . Yang disuruh kau buat , yang dilarang kau tinggal . Dah cukup nak basuh hati .Nak lagi bersih , guna serbuk jujur dan ikhlas . Kalau pakai tu apa kau buat pahala . Selagi hidup , kumpul pahala sebanyak yang boleh . Beratkan bahu kanan dengan amalan , kurangkan beban bahu kiri dengan dosa . Biar malaikat Raqib tak senang duduk mencatit segala amalan baik . Bagi malaikat Atid berehat dari mencatit keburukkan . Bahu kanan aku masih belum lagi berat dengan amalan baik dan kebajikan . Aku sedang cuba meluruskan jalan hidup yang berliku ni . Jalan yang bergelumang dosa dan noda aku cuba untuk bersihkan dengan harapan untuk menjadi makhluk yang disayangiNya .Aku yakin semua orang mendambakan untuk menjadi Ahli Syurga . Begitu juga aku . Dugaan itu memang selalu ada . Tapi cuba tinggalkan masa silam yang kotor tu , kita bina masa depan yang cerah . Filosofi hidup aku memang berubah ubah . Tapi apa yang pasti , aku memang nak jadi manusia yang berguna dan beriman . Dan aku yakin yang lain pun begitu . Dan untuk ke situ kena punya hati yang kuat untuk menempuh segala prasangka dengki dan caci maki orang di sepanjang jalan . Hati kena tabah . Cekal . Mudah mudahan akan ada jalan kebaikan untuk kita semua . Sebaik baik pengakhiran . Jaga diri . Jaga Hati . Jaga Iman . Pelihara hati untuk hidup yang lebih cerah dan berwarna warni . Maaf kalau gabungan abjad dalam ini bercampur aduk , buatkan yang membaca serabut . Saja aku rojakkan supaya sedap mata membaca . Dapat lepas gian aku nak berfikir dan menaip . Itu sudah mampu buat aku tersenyum .
Keep calm and live your life .
*****
" Ya Allah, bantulah aku sepertimana yang Kau mahu, bukan seperti yang aku mahu. "
Kotak hati .
140113.
No comments:
Post a Comment