Sunday, 27 January 2013

Confession


I spent the weekends with watching movies , menonton tv , online fesbuk , makan , tido , makan dan tido sekali lagi . Crossed in my mind wether I use the time wisely . Nope , it replied . Sebaliknya, banyak masa yang saya habiskan dengan melakukan perkara yang lagha , yang sia sia .

Then , the good side of me appeared . Its said :

" Tak terlintas ke dalam fikiran nak bukak Al Quran ? "

" Kenapa tak gunakan masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat ?"

" Kenapa tak baca buku yang Teacher suruh tu ? " ( sampaikan dia terasa with the whole class that day (because we didnt read it) and im not sure if she terasa atau marah )

" Yet , you know that satu bintik hitam akan timbul kat hati orang yang tak baca/dengar hadis dalam satu hari . Kenapa langsung tak bukak kitab hadis ? "

" Dah kuat sangat ke Iman yang ada tu ? "

" Dah sure ke diri tu terhindar dari perkara futur ? "

" Setakat ni , demi cinta , demi status , demi kesenangan , demi pujian kau sanggup korbankan segalanya . Demi Allah macam mana pula ? Have you ever wondered about that ? did you even bothered ? "

" Sesiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi) maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahanam , ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir . Dan sesiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh sungguh sedang ia adalah Mukmin , maka mereka itu adalah orang orang yang usahanya dibalasi dengan baik. ( Al-Israa' 17: 18-19 )


Ouch . Pedasnye T.T


I'm speechless .


Nak Ubah Orang Lain Ubahlah Diri Tu Dulu

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah sedangkan diri ni pun belum cukup 'terubah' lagi . Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain?

Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain tidak akan berjaya sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri.

Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan.

Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.

Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.





Keep those words on your mind,  little caliph.

" Segala nikmat yang ada kepada kamu , maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan . " ( An-Nahl 16:53 )





27/1/13 . Hamba Hina


No comments: