Monday, 31 December 2012
Aku , Dia dan Sahabat
SA HA BAT..
Tiga suku kata yang amat bermakna . Satu nama yang tidak lekang daripada setiap daripada kita .
Setiap orang ada sahabat mereka masing masing . Dan setiap sahabat ada kelebihannya yang tersendiri yang mampu membuatkan sahabat lain cair dan jatuh cinta !! Ohsemm gitu .
baru baru ni saya ada berhubung dengan seorang rakan di halaman sosial
" Salam , apa khabar ? sihat ? lama tak jumpe "
" Wasalam , Alhamdulillah sihat . Kau rindu aku ek ? hehe "
" Rindu jugak ah, rindu nak kacau kau macam time pom 3 . haha "
" eheh . Samela , tapi aku dah makin tough sekarang . Kau mesti tak berani nak kacau aku punyelah "
" Haish , pape je la kau ni . Result akhir tahun kau camne , okay tak ? "
" Teruk sikit laa , aku takde A tapi ade due fail T.T , kau lak ? "
" Aku dapat 3A 3B 2C 1E , sebenarnya aku plan nak fokus mase pom 4 nih tapi dah jauh lak menyimpang . hehe . Takpe , kita boleh usaha lagi . Gunakan masa yang ada sebaik mungkin "
" Oke , semangat la pulak kau ni -,- "
" Aku semangat pun sebab aku nak kita berjaya . Aku nasihatkan kau sebab aku kawan kau "
Okey , sebenarnya conversation di atas takde kena mengena pon dengan post saya ni . Eheh . But the point here is , the last word that he said have really touched my heart . " Aku nasihatkan kau sebab aku kawan kau " . Okay , saya terharu T.T
Sahabat saya , buah hati saya .
Tidak dinafikan , semua orang mahukan yang terbaik .
Sahabat yang memahami .
Sahabat yang sekepala .
Sahabat yang sentiasa meminjamkan bahu ketika senang atau susah .
terus terang saya katakan , saya sangat sayangkan sahabat sahabat saya . Merekalah yang telah mengajar erti kehidupan yang sebenar . Mereka juga lah yang telah menjadi tulang belakang dan tunjang hidup saya .
Saya agak terkesan dengan salah satu golongan yang akan dinaungi Allah pada hari kiamat kelak
" Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah , dimana kedua duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah "
I really wonder , adakah saya tergolong dalam golongan itu ? Hmm, jika tidak sekalipun saya akan berusaha untuk mendapatkannya . Insya Allah .
Penutup
Bagi saya , saya menginginkan sahabat yang ada apabila kita ketawa dan sedih . Susah senang dikongsi bersama . To be honest , saya amat tak sukakan orang yang hanya mahu menumpang kegembiraan dan mengelak apabila kita kesusahan . Jual ikan .
Bersahabatlah kerana Allah , pasti indah perhubungan itu . Bersahabat juga tidak terlepas daripada perselisihan faham , kitalah yang harus bijak menangani masalah itu . Jika aku tersilap , kau bimbinglah kejalan yang benar . Itu gunanya sahabat .
Sekian .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alhamdulillah :)
kami buddyz takkan terpisah . haha
haha . Insya Allah berkekalan
Post a Comment